Tuesday, March 2, 2010

Trip memancing

Untuk tahun 2010 ini saja, saya akan menganjurkan beberapa trip memancing seawal bulan Januari hinggalah bulan Disember kecuali bulan Ogos dan September disebabkan menghormati bulan Ramadhan dan bulan Syawal

Ok untuk bulan Januari, Febuari telah selamat manakala untuk bulan March saja tempahan telah penuh. Tinggal kekosongan untuk bulan April dan seterusnya. Kekadang kasehan gak.., bila mereka tahu trip memancig diadakan, atau mereka mendapat pemplet / flyers yang saya edarkan, bertalu-talu panggilan masuk bertanyakan maklumat lanjut tentang trip-trip tersebut...Ada yang memberikan keputusan waktu itu gak....ada yang minta tempoh 2..,3 hari nak berbincang dengan kawan-kawan. Ada yang nak booking 1 rumah rakit untuk grup mereka sahaja dan bermacam-macam lagi kerenah.
Namun bila disuruh untuk membayar deposit saja bermacam-macam alasan diberikan. Namun saya tidak bolih menyalahkan mereka, kerana kita kena faham untuk join satu-satu trip memancing memerlukan perancangan yang teliti. Kalau main redah saja alamak kampau lah ( Istilah kaki pancing ) Selain itu memerlukan duit dan komitmen.

Untuk anda yanag masih tercari-cari temapat memancing di bawah nie saya sertakan jadual trip memancing untuk memancing dirumah rakit/kelong dan memancing di bot pelantar bergerak.:-

A) Trip Rumah Rakit/Kelong;

1. BULAN APRIL (Sabtu dan Ahad )
24 & 25/ 04 / 2010 bersamaan dengan 9 & 10 J'Awal 1431 hijrah.

2. BULAN MEI (Sabtu dan Ahad ).
22 & 23/05/ 2010 bersaman dengan 8 & 9 J'akhir 1431 hijrah.

3. BULAN JUN ( Sabtu & Ahad )
19 & 20/06/ 2010 bersamaan dengan 6 & 7 Rejab 1431 hijrah.

4. BULAN JULAI (sabtu dan Ahad )
24 & 24/07 2010 bersamaan dengan 12 & 13 Syaaban 1431 hijrah.

Untuk trip bulan Oktober , November dan Disember akan diberitahu kemudian.

B TRIP BOT PELANTAR BERGERAK ( 2 TINGKAT ) KOTA TINGGI, JOHOR.

1. BULAN JUN ( Sabtu dan Ahad )
5 & 6/06/2010 bersamaan dengan 22 & 23 J'akhir 1431 hijrah.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari facebook saya, taipkan repair_alterations@yahoo.com ataupun Ismile Ahmad. Ataupaun anda boleh emailkan pertanyaan anda ke repair_alterations@yahoo.com dan call / sms ke no. 019 383 1978