Monday, March 29, 2010

Sebahagian gambar-gambar pada trip 27 & 28/03/ 2010



Gambar rumah rakit / kelong dari pandangan kiri




Nazri & the gang dengan sebahagian hasil tangkapan

Abg Ali dengan Tetukanya



Azizi dengan tetukanya yang baru beranak



Abg Asri dengan ibu gelamanya






Asri dengan ikan senanginnya


Senangin yang berjaya dinaikkan




















Thursday, March 11, 2010

Pakej Yang Ditawarkan

Bersua kembali....,
Kita dah berbincang pasal lokasi, kemudahan yang ada dan sebagainya. Pasti tidak lengkap kalau sesuatu trip tu kita tak tahu pakej dan yuran penyertaan yang ditawarkan. Kali ini kita berbincang tentang harga dan pakej-pakej yang ditawarkan.

Atas permintaan ramai...., sekarang pakej memancing di atas rumah rakit terbahagi kepada 2 ;-

A) Pakej pertama., yuran penyertaan sebanyak RM 80.00 seorang. Ia termasuk :-
1. 3 x makan...; Makan malam, sarapan pagi, makan tengah hari dan air batu.
2. Umpan memancing seperti udang hidup dan udang pasar,
3. Bot pergi balik.
4. Memancing diatas rumah rakit / kelong.

B) Pakej kedua.., yuran penyertaan sebanyak RM 50.00 seorang. Ia termasuk :-
1. Bot pergi balik.
2. Memancing di atas rumah rakit / kelong tanpa disediakan makan, umpan
memancing dan air batu.
Sekarang terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan pakej yang mana satu di pilih.

Monday, March 8, 2010

Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan ( Rumah rakit / kelong )

Ruang tamu yang luas dan selesa

Setelah penat memancing bolehlah menghiburkan hati

Ini dia speed boat yang digunakan

Thursday, March 4, 2010

Kemudahan-kemudahan yang disediakan




Bertemu kembali....., "Apakah kemudahan yang disediakan bila saya join trip tu..."? Soalan-soalan seperti ini sering ditanyakan kepada saya..., sudah pasti beberapa kemudahan turut disediakan kepada sesiapa yang menyertai trip-trip yang saya anjurkan. Bagi saya setiap sen yang anda bayar, biarlah anda mendapat kepuasannya. Saya mahu anda merasa selesa, tenang dan santai ketika memancing. Ok dibawah ni saya senaraikan kemudahan-kemudahan yang anda akan perolihi setelah anda menyertai trip-trip memancing yang saya anjurkan:-

A) UNTUK RUMAH RAKIT/KELONG;
1. Bot pergi dan balik.
2. Makan malam, sarapan pagi, makanan ringan, ais dan umpan memancing.
3. Umpan memancing yang disediakan seperti udang hidup, udang pasar ( segar )
4. Sebuah rumah rakit yang baru dengan ruang tamu yang selesa dilengkapi tv,set karaoke dan kipas siling ( cd bawa sendiri ).
5. Bilek air yang luas dan tandas duduk serta dibekalkan dengan air bersih.
6. Ruang dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak seperti periuk, cerek memasak air
air, gas memasak, kuali dan sedikit pinggan mangkuk. Selain itu turut dibekalkan gula, garam, serbuk kopi, serbuk teh dan sedikit beras.
7. Ruang memancing 4 penjuru yang luas lengkap dengan "rod holder" hanya ruang kiri, kanan
dan hadapan sahaja yang dilengkapi dengan kipas dinding.
8. Kawasan memancing yang berpagar dan selamat untuk pemancing.
9. Set Bbq turut disediakan untuk mereka memanggang hasil tangkapan.
10. Terdapat kapal karam dibawahnya